Thursday, February 24, 2022

Simptom Jangkitan Saluran Kencing

Jangkitan kuman pada saluran kencing ini boleh terjadi kepada semua individu tidak mengira umur dan jantina.

Kebanyakan jangkitan salur kencing boleh diubati dengan mudah dan berkesan.
Namun akalanya, kuman-kuman boleh merebak dari pundi kencing melalui salah satu ureter (iaitu saluran kencing dari pundi kencing ke buah pinggang) dan mengakibatkan jangkitan yang lebih teruk pada buah pinggang (pyelonephritis).
Sekali-sekala, jangkitan salur kencing boleh merebak ke dalam darah (sepsis), mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk dan mungkin juga membawa kematian.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan jangan takut dan sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.


Jangkitan kuman pada saluran kencing (Kencing kotor)


Kaum wanita lebih senang dijangkiti oleh jangkitan salur kencing kerana mereka mempunyai saluran kencing keluar badan (uretra) yang lebih pendek berbanding dengan kaum lelaki.

Oleh itu, kuman boleh sampai ke pundi kencing dengan lebih mudah kerana jarak yang pendek.