Wednesday, January 20, 2021

Anda Positif Covid-19?

Anda positif COVID-19?Anda mungkin sesuai duduk di rumah sekiranya anda memenuhi kriteria berikut :
  • Tidak mengalami sebarang gejala atau bergejala ringan
  • Bukan golongan berisiko tinggi
  • Mempunyai penjaga yang sesuai
  • Kesesuaian rumah untuk pengasingan diri
  • Boleh dihubungi sepanjang masa melalui telefon

Anda pesakit positif COVID-19 yang kuarantin di rumah?

Ketahuilah... anda boleh mengalami emosi dan impak psikologi seperti rasa bersalah, sedih, bimbang dan gangguan tidur.

Anda boleh lakukan perkara-perkara ini untuk mengatasi perasaan tersebut.

  • Berhubung dengan orang yang anda sayangi
  • Amalkan pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi
  • Dapatkan maklumat COVID-19 dari sumber sahih
  • Teruskan aktiviti-aktiviti yang anda gemari
  • Belajar kemahiran baru
  • Amalkan teknik relaksasi
  • Hadkan masa melayari media sosial