Kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan dalam kalangan wanita di Malaysia.
Apakah penyebab utama kanser serviks?
HPV adalah penyebab utama kanser serviks. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV sekiranya mempunyai hubungan seksual pada satu ketika dalam hidup mereka. Apabila wanita dijangkiti HPV dan virus tidak hilang sendiri, sel-sel abnormal dapat berkembang di serviks. Sekiranya tidak dirawat, sel-sel ini boleh berkembang menjadi kanser serviks.
Kanser serviks biasanya tidak menunjukkan gejala. Sebilangan besar wanita pada awalnya tidak mengetahui bahawa mereka menghidapnya sehingga kanser menjadi agresif dan merebak ke tisu lain. Apabila ini berlaku, beberapa tanda mungkin akan mula didapat dilihat.
Jika anda mengalami simptom seperti berikut, segeralah berjumpa dengan Pegawai Perubatan berdaftar di mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Komitmen golongan wanita untuk hadir ke fasiliti kesihatan bagi membuat pengesanan awal melalui ujian pap smear adalah diperlukan. Melalui kajian ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ yang telah diterbitkan pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit.
Jangan berlengah, jangan bertangguh. Dapatkan vaksinasi dan buat pemeriksaan berkala. Segera berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar berdekatan anda sekiranya anda mendapati terdapat simptom kanser serviks.