Pernahkah anda terasa kepala berpusing-pusing selepas bangun tidur dan seperti ingin jatuh? Anda mungkin mengalami 'VERTIGO' iaitu sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Vertigo merupakan salah satu masalah keseimbangan yang biasa berlaku dan ia akan hilang dengan sendirinya. Namun, jika masalah ini berlarutan, dapatkan nasihat pakar dengan segera. Rawatan yang akan diberikan bergantung kepada punca masalah vertigo dan mengikut keadaan pesakit.