Friday, September 24, 2021

Minggu Kesedaran Keseimbangan : 19 - 25 September 2021

Keseimbangan adalah masalah yang kurang diperkatakan dalam masyarakat kita dan hanya menyedarinya apabila kita kehilangannya. Keseimbangan adalah berkaitan dengan sistem vestibular di telinga dalam yang menghantar isyarat kepada otak tentang maklumat keseimbangan dan posisi tubuh badan.

Walaupun kebanyakan masalah keseimbangan ini tidak dapat dipulihkan, namun pengesanan awal dan tepat dapat meningkatkan kualiti hidup mereka melalui strategi yang berkesan. Sempena Minggu Kesedaran Keseimbangan, marilah kita memberi sokongan kepada mereka yang mengalami masalah keseimbangan ini untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.