Monday, November 22, 2021

Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia.

Dalam kalangan lelaki, kanser paru-paru menduduki tempat kedua. Manakala, bagi wanita di tempat kelima.

Laporan Malaysia National Cancer Registry (MNCRR) 2012-2016 mendapati, hampir 90 peratus kes disahkan pada tahap ketiga dan keempat. Kanser tahap empat biasanya amat sukar diubati dan lazimnya membawa maut.

Walaupun kadar hidup setelah didiagnosis dengan kanser paru-paru pada peringkat awal adalah 49% tetapi hanya lebih kurang 2% sahaja penghidap kanser paru-paru yang telah merebak ke bahagian lain di dalam badan masih hidup setelah 5 tahun.

Kanser paru-paru tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit ini mampu memusnahkan kehidupan orang-orang yang kita sayangi.