Kanser Karsinoid kebiasaannya bermula di saluran percernaan seperti di perut, usus kecil, usus besar, rektum atau juga di paru-paru.
Kanser Karsinoid tidak menunjukkan gejala awal yang jelas dan bergantung kepada lokasi kanser itu.
Oleh kerana itu, kebanyakan kanser ini dikesan pada tahap akhir.
Tanda dan gejala Kanser Karsinoid di saluran pencernaan antaranya sakit perut, cirit-birit, mual, muntah, ketidakupayaan untuk membuang najis kerana penyumbatan usus dan pendarahan rektum.
Tanda dan gejala di paru-paru termasuk sakit dada, sesak nafas, cirit-birit, penambahan berat badan dan tanda merah jambu atau ungu pada kulit yang kelihatan seperti stretch mark.
Jika anda mendapati sesuatu tidak kena dengan badan anda, buat pemeriksaan kesihatan. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.