Penyakit kolera atau taun adalah penyakit bawaan makanan air yang mampu merebak dengan cepat jika tidak ditangani dengan segera. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio cholerae iaitu sejenis bakteria Gram negatif berbentuk koma daripada makanan dan air yang tercemar.
Malah, penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, langkah pencegahan adalah penting bagi mengelakkan penularan jangkitan bakteria ini dengan memastikan sumber air yang digunakan adalah bersih terutamanya di musim hujan ini dan memastikan masakan dimasak dengan sempurna.Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan jika ada antara #keluargamalaysia mengalami gejala ini. Amalkan kebersihan diri dan persekitaran yang baik bagi melindungi daripada jangkitan ini.