Monday, March 7, 2022

Glaukoma

Glaukoma adalah sejenis penyakit saraf mata.Ia juga dikenali sebagai pencuri senyap penglihatan yang menjadi antara punca masalah kebutaan tanpa disedari.

Ianya menyebabkan medan penglihatan hilang sedikit demi sedikit, sehingga semua medan penglihatan hilang dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal.

Penyakit ini sering disalah anggap sebagai faktor usia tanpa menyedari akan risikonya dan menyebabkan pengesanan lewat dilakukan.

Sempena Minggu Glakoma Sedunia yang disambut setiap minggu ke-2 bulan Mac, bersama:
Meningkat kesedaran dan kepekaan mengenai pencegahan, rawatan dan pemulihan untuk Glaukoma.

Kebanyakan penghidap Glaukoma tidak menyedarinya kerana Glaukoma tidak menunjukkan simptom. 

Ketahui risiko dan tanda-tanda penyakit ini lebih awal dan anda mempunyai peluang besar untuk memelihara penglihatan anda untuk tahun-tahun akan datang.