Tuesday, March 22, 2022

Sindrom Down : Apa Yang Perlu Anda Tahu?

 Setiap orang mempunyai 23 pasangan kromosom iaitu 46 kromosom.

Individu dengan Sindrom Down memiliki jumlah kromosom yang berbeza dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang istimewa.

Dikongsikan definisi, ujian pengesanan semasa tempoh kehamilan serta ciri-ciri fizikal Sindrom Down.

Setiap kanak-kanak Sindrom Down perlu diperiksa oleh pakar kanak-kanak seawal kelahiran untuk penilaian dan pemantauan kesihatan.

Terapi pemulihan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.