Monday, March 14, 2022

Tahap-Tahap Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

Tahukah anda kesihatan buah pinggang dapat dikategorikan kepada 5 tahap?

Kemerosotan atau kehilangan fungsi ginjal secara beransur-ansur ini dikenali sebagai penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Kesihatan buah pinggang kita diukur melalui kadar penapisan glomerular (GFR) dan semakin rendah nilai GFR, semakin rendah fungsi buah pinggang kita.

Jadi, lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk kenal pasti tahap kesihatan buah pinggang anda.
Ingat, pemeriksaan awal mampu menyelamatkan buah pinggang anda.


Penyakit buah pinggang boleh dikesan pada peringkat awal melalui:
  • Ujian air kencing
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Ujian darah