Wednesday, September 2, 2020

Diabetes dan Indeks Glisemik

Diabetes dan Indeks Glisemik

Indeks glisemik (IG) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.

1. Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG.

2. Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG.

3. Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.

Daripada gambar tersebut, mungkin anda akan rasa terkejut apabila melihat kedudukan ais krim sebagai makanan rendah IG dan buah nenas sebagai makanan tinggi IG. Adakah ini bermakna pesakit diabetes digalakkan mangambil ais krim lebih kerap berbanding nenas? Jawapannya adalah TIDAK. Buah nenas dapat membekalkan tubuh dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan manusia.