Wednesday, September 2, 2020

Semak Nombor Pendaftaran Ubat

Ubatan yang tidak berdaftar adalah ubatan yang tidak melalui proses penilaian, tidak diuji serta tidak terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.

Dengan itu, penggunaan ubatan ini tidak terjamin dari aspek keselamatannya. Selain itu, ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Setiap ubatan yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran perubatan.

Rujuk infografik Duta Kenali Ubat Anda ini untuk mengetahui cara menyemak nombor pendaftaran ubatan.