Tahukah anda?
Setiap warna reben mewakili jenis kanser yang berbeza-beza. Reben ini digunakan sebagai simbol bagi menunjukkan sokongan kepada orang yang tersayang yang menghidap kanser. Selain itu, reben ini turut digunakan untuk membantu menyebarkan kesedaran masyarakat sejagat dalam bersama-sama memerangi kanser.
Jom kenali warna jenis reben mengikut jenis kanser dan bulan kesedaran kanser yang disambut setiap tahun.