Monday, January 10, 2022

Penyakit Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah jangkitan virus yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Aedes.

Gejala utama penyakit Chikungunya adalah demam panas yang mengejut, sakit sendi dan ruam. Gejala lain yang boleh dialami adalah sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan loya.
Pastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
Luangkan masa setiap minggu selama 10 minit.

Jom! Cari dan musnahkan tempat Aedes membiak.


Berpunca daripada virus Chikungunya yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, penyakit Chikungunya boleh dicegah.

Pastikan anda meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk mencari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Hentikan kitaran nyamuk Aedes.