Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang kita perlu ambil perhatian. Nyamuk Anopheles membiak di tempat air bertakung terutamanya di kawasan hutan, perkampungan pinggir hutan dan ladang.
Jangkitan malaria yang teruk boleh menyebabkan pesakit mengalami kejutan (shock), koma, kegagalan buah pinggang dan hati.
Oleh itu, dapatkan rawatan segera jika anda mengesyaki diri terjangkiti penyakit bawaan nyamuk ini kerana penyakit ini boleh dirawat.
Ikuti tip ini sebagai salah satu cara mencegah malaria yang anda boleh amalkan.
Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati.