Thursday, April 15, 2021

Fungsi Protein

Protein merupakan salah satu zat makanan yang penting untuk membantu proses perawatan dan meningkatkan tahap kesihatan pesakit. Ia boleh diperolehi daripada pelbagai sumber makanan haiwan dan tumbuhan.

Bagi pesakit kanser, keperluan protein harian adalah lebih tinggi dan perlu diperolehi daripada kombinasi makanan dan minuman seharian. Berikut adalah fungsi protein yang perlu kita ketahui.