Monday, April 12, 2021

Hari Parkinson Sedunia - 11 April 2021

Penyakit Parkinson sering dianggap sebagai penyakit orang tua. Namun, penyakit ini boleh berlaku seawal usia 30an. Petinju legenda dunia, Muhammad Ali juga tidak terkecuali menderitai penyakit ini.

Penyakit degeneratif ini merupakan penyakit saraf yang disebabkan kerosakan sel otak akibat pengurangan hormon dopamin. Setakat ini, rawatan diberikan bagi melambatkan perkembangan penyakit ini dan membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik.