Penyakit kusta ialah sejenis penyakit berjangkit kronik yang disebabkan oleh kuman bakteria yang bernama Mycobacterium Leprae dan dijangkiti melalui udara. Penyakit ini turut dikenali sebagai Hansen's Disease, sempena nama saintis yang menemui kuman tersebut.
Sekiranya anda mempunyai tompok-tompok putih atau merah tembaga di kulit yang tidak gatal berserta kurang atau kehilangan deria sentuh, mengalami kelemahan otot di tangan/kaki dan tidak diketahui punca, kemungkinan ia kusta.