Ubah suai masakan kepada lebih sihat dan kerap makan di rumah atau bawa makanan yang dimasak di rumah ke tempat kerja.
Sempena minggu kesedaran garam sedunia 2021, mari amalkan membaca label makanan sebelum dibeli. Bandingkan maklumat kandungan natrium dan pilihlah makanan yang mengandungi natrium yang rendah.
Risiko sakit jantung dan strok dapat dikurangkan jika kita menghadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 sudu teh sehari.
Elakkan juga bahan berperisa, makanan terproses, makanan ringan dan makanan diawet untuk gaya hidup yang lebih sihat!