Monday, March 1, 2021

Mac Adalah Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki dan kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.Namun, kanser ini dapat dicegah dan dirawat dengan berkesan jika dikesan pada peringkat awal.

Lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan jika anda berisiko mendapat kanser ini.

Bulan Mac merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal.



Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Nasional Malaysia 2012-2016, kanser kolorektal adalah kanser yang paling kerap di kalangan lelaki dan wanita di Malaysia. Malangnya, kebanyakan kes dikesan pada peringkat akhir. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.


Bulan Mac setiap tahun merupakan bulan kesedaran bagi kanser kolorektal (kolon). Jom kita sama-sama ketahui serba-sedikit tentang kanser kolorektal.

Tahukah anda?
  • Kanser kolorektal (kolon) merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.
  • Majoriti pesakit kanser kolorektal lelaki dan perempuan didiagnos pada usia 50 tahun dan ke atas.

Kanser kolorektal kerap berlaku di dunia. Risiko mendapat kanser usus besar meningkat apabila umur semakin meningkat. Ia biasanya dijumpai dalam kalangan masyarakat yang berumur 50 tahun ke atas.

Hanya 1 daripada 10 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas menjalani ujian saringan.
Kanser kolorektal boleh dicegah dan dirawat dengan efektif dan berkesan jika dikesan pada peringkat awal. Ini boleh membawa kepada penurunan kadar kematian akibat kanser kolorektal.


Kebanyakan kes kanser kelorektal tidak mempunyai sebarang bentuk gejala. Pesakit mungkin juga menunjukkan tanda-tanda awal seperti berikut.


Kanser kolorektal mempunyai pelbagai faktor risiko. Terdapat faktor risiko yang boleh diubah yang mendorong kepada kejadian kanser kolorektal iaitu seperti berikut.


Kanser kolorektal merupakan kanser yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup yang sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan. Risiko kejadian kanser kolorektal meningkat dengan pertambahan usia, pernah disahkan mempunyai kolon polip, menghidap radang usus dan mempunyai sejarah keluarga yang disahkan mengidap kanser kolorektal.

Selain itu, amalan gaya hidup sedentari, tidak aktif dan kurang pengambilan serat, sayur-sayuran dan buah-buahan kerap dikaitkan sebagai antara faktor yang meningkatkan risiko kejadian kanser kolorektal.

Antara tip pencegahan kanser kolorektal adalah seperti berikut. Ingat, mencegah adalah lebih baik dari merawat.