Pusat Racun Negara dengan kerjasama:
MyWatch Tfg akan menganjurkan webinar secara langsung yang bertajuk, "COVID19: Wajarkah Produk Berisiko Rokok dan Vape Diharamkan?".
Baru-baru ini, Persatuan Perubatan Malaysia menggesa pihak Kerajaan agar mengkategorikan perokok sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti virus Covid-19. Umum sedia maklum, merokok boleh merosakkan fungsi paru-paru, sekali gus menyukarkan tubuh melawan masalah pernafasan yang disebabkan oleh jangkitan koronavirus ini.Covid-19 dan merokok (vape tidak terkecuali) saling 'melengkapi' dalam proses memudaratkan kesihatan manusia. Sejauh manakah kebenaran di sebalik perkara ini?
Ikuti kupasan lanjut daripada ahli panel yang dijemput khas dalam siri webinar kali ini.
Pendaftaran: https://bit.ly/3jB3B6d
Pautan live: https://bit.ly/372wFhM