Thursday, February 11, 2021

Vitamin C : Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Orang dewasa hanya perlukan 70 mg Vitamin C sehari. 3 sajian sayuran dan 2 sajian buahan sudah dapat memenuhi keperluan Vit C harian anda. Makanan semulajadi tinggi Vit C antaranya:

1. Jambu batu
2. Betik
3. Kailan
4. Sawi
5. Brokoli
6. Longan
7. Pucuk gajus
8. Ulam raja

Tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan kesihatan selain pembaziran.

Dapatkan nasihat profesional daripada ahli farmasi sebelum mengambil suplemen Vit C.


Pengambilan vit C berlebihan secara berterusan boleh memudaratkan kesihatan.

Makan sayuran dan buahan setiap hari sudah cukup untuk memenuhi keperluan vit C harian. Dapatkan maklumat tepat daripada ahli farmasi. Jangan mudah terpengaruh 'testimoni pengguna'.