Monday, February 8, 2021

Hari Epilepsi Sedunia : 08 Februari 2021

Epilepsi adalah keadaan berlakunya cetusan aktiviti renjatan elektrik di luar kawal atau secara mendadak di dalam otak. Ini mengakibatkan gangguan pada sel saraf yang menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Epilepsi tidak terhad kepada sawan sahaja tetapi boleh membawa kepada ‘sudden unexpected death in epilepsy’ atau SUDEP. Namun, epilepsi boleh dikawal melalui rawatan yang bersesuaian.

Hari Epilepsi Sedunia disambut untuk memberi kesedaran tentang salah tanggapan berkaitan epilepsi serta isu diskriminasi terhadap pesakit epilepsi di kalangan orang awam.