Tuesday, February 9, 2021

Sukarelawan Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19

Peluang untuk menjadi SUKARELAWAN masih dibuka!

Sertai Kajian klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 dalam menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 dan ANDA berpeluang menyumbang dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Sehingga kini, lebih 7,000 orang telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang telah bersetuju untuk menyertai kajian ini.

Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama.
Jika anda berusia 18 tahun ke atas dan sihat, anda amat dialu-alukan untuk menyertai kajian.
Bagi yang berminat, anda boleh hubungi 9 hospital terlibat yang berdekatan untuk pendaftaran.

Untuk soalan lazim berkaitan kajian ini, hanya klik pautan ini.
https://cutt.ly/ICRcovidVacFAQ.