Monday, February 15, 2021

Hari Kesedaran Kecacatan Jantung Kongenital - 14 Februari

8 hingga 10 daripada setiap 1,000 kelahiran hidup di Malaysia menghidapi penyakit jantung kongenital atau kecacatan jantung sejak dalam kandungan.

Ini bermakna lebih kurang 5,000 bayi yang dilahirkan mengalami masalah ini berdasarkan 500,000 kelahiran setahun.

95% daripadanya tidak diketahui puncanya, namun risiko meningkat jika mengambil ubat-ubatan terlarang dan alkohol semasa mengandung, merokok, mengalami diabetes gestasi, mendapat jangkitan virus (Rubela) semasa mengandung dan mempunyai masalah genetik seperti kelainan kromosom (Sindrom Down).

Jadi, dapatkan nasihat doktor dan elakkan faktor risiko ini bagi mengelakkan bayi daripada mengalami masalah ini.

Pengesanan awal boleh mengurangkan komplikasi pada bayi dan memberi persediaan kepada ibu bapa untuk menerima kelahiran bayi ini.

Hari Kesedaran Kecacatan Jantung Kongental disambut bagi memberi kesedaran tentang penyakit ini.