Friday, November 20, 2020

Covid-19 : Proses Pendaftaran Vaksin

Sebelum vaksin didaftarkan, ia perlu dipastikan selamat, berkualiti dan berkesan serta mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa.Proses pendaftaran vaksin :
  • Permohonan disaring
  • Penerimaan pendaftaran
  • Penilaian produk
  • Penilaian dibentang ke jawatankuasa penilaian produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
  • Produk dibentangkan ke pihak berkuasa kawalan dadah
  • Penjanaan nombor pendaftaran

Terdapat 10 vaksin COVID-19 yang sedang diteliti oleh KKM yang telah memasuki FASA III kajian klinikal iaitu:

4 vaksin dari jenis Viral Vector Vaccine
3 vaksin dari jenis Inactivated Virus Vaccine
2 vaksin dari jenis RNA Based Vaccine
1 vaksin dari jenis Virus Like Particle Vaccine

KKM akan menganalisis untuk melihat aspek keselamatan serta keberkesanan vaksin tersebut sebelum diluluskan penggunaannya.
Bersama putuskan rantaian COVID-19



Ini adalah cara bagaimana vaksin berfungsi di dalam tubuh manusia.
Apabila vaksin COVID-19 disuntik di dalam badan, sistem imuniti badan akan menghasilkan antibodi yang spesifik terhadap virus COVID-19.
Vaksin meningkatkan tahap imuniti badan tanpa menyebabkan jangkitan penyakit. Hasil daripada suntikan vaksin, sistem antibodi bertindak ke atas virus COVID-19 sekiranya seseorang itu terdedah kepada virus COVID-19.


Kajian Pra-klinikal vaksin COVID-19 merupakan kajian diperingkat makmal merangkumi ujian sel kultur dan haiwan manakala kajian klinikal vaksin pula melibatkan manusia.

Kajian ini melibatkan tiga fasa di mana pada fasa I, kajian melibatkan puluhan sukarelawan untuk mengetahui kesan tindak balas dan keselamatan vaksin peringkat awal.

Pada fasa II, Kajian melibatkan ratusan sukarelawan untuk mengetahui tahap keselamatan secara mendalam, serta keperluan dos vaksin.

Pada fasa III pula, kajian melibatkan ribuan sukarelawan untuk mengetahui kesan sampingan yang jarang berlaku serta tahap keberkesanan vaksin.

Pihak berkuasa regulatori farmasi negara akan meneliti keputusan kajian klinikal sebelum vaksin diluluskan.



Keberkesanan vaksin bermaksud peratus (%) jangkitan baru yang dapat dielakkan dalam kalangan kumpulan penerima vaksin.

Sebagai contoh, sekiranya keberkesanan vaksin adalah 90% ianya bermaksud vaksin berupaya mengelakkan jangkitan dalam kalangan 90% penerima vaksin berbanding mereka yang tidak menerima vaksin.


Vaksin mRNA tidak akan memasuki nukleus sel. Justeru, tiada sebarang perubahan genetik atau DNA manusia akan berlaku.


Vaksin terbaik bagi mengawal wabak #COVID19 ini adalah diri kita sendiri. Jaga diri dan keluarga. Patuhi SOP dan amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.