Vitamin D boleh diperolehi dengan mudah melalui pendedahan kulit kepada sinaran matahari pada waktu yang bersesuaian. Sinaran matahari penting bagi menggalakkan proses sintesis vitamin D dalam badan.
Kanak-kanak yang kurang terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan tidak mensintesis cukup vitamin D pada kulit mereka.
Jadi, pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi Vitamin D/ difortifikasi dengan Vitamin D dan dedahkan kulit kepada sinaran matahari bagi mendapatkan vitamin D pada tahap yang optimum.