Friday, November 27, 2020

Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Dalam kalangan lelaki kanser paru-paru menduduki tempat kedua, manakala, bagi wanita di tempat kelima. Sebanyak 2,948 kanser paru-paru telah dilaporkan pada tahun 2006 (1,445 dalam kalangan lelaki dan 603 dalam kalangan wanita).

Walaupun kadar hidup setelah didiagnosis dengan kanser paru-paru pada peringkat awal adalah 49% tetapi, hanya lebih kurang 2% sahaja penghidap kanser paru-paru yang telah merebak ke bahagian lain di dalam badan masih hidup setelah 5 tahun.

Kanser paru-paru tidak boleh dipandang remeh kerana penyakit ini mampu memusnahkan kehidupan orang-orang yang kita sayangi.

Sumber:
1. Laporan Malaysia National Cancer Registry (MNCR) 2012-2016
2. @myhealthkkm