Terdapat beberapa jenis pertumbuhan boleh berlaku di pankreas termasuk tumor kanser dan bukan kanser. Jenis kanser yang paling biasa terbentuk di pankreas bermula pada sel-sel yang melapisi saluran yang membawa enzim pencernaan keluar dari pankreas (adenokarsinoma duktal pankreas @ pancreatic ductal adenocarcinoma).
Jarang sekali kanser pankreas ini dapat dikesan pada peringkat awal yang merupakan tempoh dengan peluang tinggi untuk sembuh. Ini adalah kerana kanser pankreas tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah ia telah merebak ke organ dalaman yang lain.