Diabetes boleh memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan termasuk cara pemakanan, tahap aktiviti fizikal dan tahap kesejahteraan seseorang pesakit.
Ahli keluarga boleh memberi sokongan kepada penghidap Diabetes dengan
- Memilih makanan yang lebih sihat
- Menikmati makanan yang sama atau bersama
- Mengingatkan pengambilan ubat mengikut panduan
- Melakukan aktiviti fizikal bersama
- Membantu memeriksa gula dalam darah penghidap Diabetes
Jika anda seorang penjaga pesakit Diabetes, anda juga akan menghadapi pelbagai cabaran yang akan menjurus kepada burnout penjaga.
Uruskan stres anda dengan lebih baik dengan memahami reaksi diri anda dalam sesuatu situasi stres. Ganti pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih membina.
Uruskan stres anda dengan lebih baik dengan memahami reaksi diri anda dalam sesuatu situasi stres. Ganti pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih membina.