Monday, November 9, 2020

Pesakit Covid-19 : Person Under Surveillance (PUS)

Jika terdapat individu yang baru disahkan sebagai pesakit COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS) di rumah anda, Jangan risau...

Jom lakukan disinfeksi dan kendalikan sisa buangan dengan betul.
  • Kerap bersihkan permukaan yang kerap disentuh di seluruh kawasan penjagaan pesakit
  • Peralatan makan dan pinggan mangkuk mesti dibersihkan dan dikeringkan pada setiap  penggunaan dan tidak boleh dikongsi bersama orang lain
  • Bilik mandi yang digunakan oleh pesakit COVID-19 dan ahli keluarga yang lain mesti 
  • dibersihkan dan dinyahkuman sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Proses pembersihan boleh menggunakan serbuk pencuci dan dibilas dengan disinfektan
  • PPE mesti dipakai ketika proses pembersihan
  • Peralatan minima yang perlu ada adalah pelitup muka dan pencuci tangan
  • Tandas perlu sentiasa dibersihkan, berfungsi dengan baik dan selamat
Bersama hentikan wabak COVID-19.



Status Person Under Surveillance (PUS) akan tertera di profil dan paparan Check-in setelah anda melaksanakan penilaian kesihatan di aplikasi MySejahtera dan merupakan individu yang mempunyai hubungan epidemiologi iaitu : 

- Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19
  atau
- Pengembara / tinggal di luar negara dalam masa 14 hari
  atau
- Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari.
 Jika anda Individu dalam pengawasan dan pemerhatian / PUS, lakukan penilaian kesihatan  
 secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera
+ Pertama, klik 'MySejahtera' 
+ Kedua, klik 'Perlu Dilakukan'dan klik nama anda
+ Ketiga, jawab soalan-soalan seperti yang dilampirkan setiap hari selama 14 hari

Sekiranya bergejala dan bertambah teruk semasa tempoh pengawasan, segera hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran anda.

Jika keputusan ujian pengesanan COVID-19 positif, status risiko akan bertukar kepada Kes Disahkan. PKD akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.

Status kuarantin selesai akan tertera setelah anda menyelesaikan kuarantin selama 14 hari. Status PUS akan bertukar ke risiko rendah jika tiada gejala selama 14 hari.
Bersama putuskan rantaian COVID-19.