Tuesday, November 3, 2020

Sains Di Sebalik Kuarantin 14 Hari


Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin dan kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.

Tempoh masa perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada tempoh 14 hari kepada 10 hari.

Ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.