Wednesday, November 18, 2020

Hari Kelahiran Pramatang Sedunia - 17th November

Komplikasi bayi pramatang merupakan antara penyebab utama kematian kanak-kanak yang berusia kurang dari 5 tahun. Faktor yang menyumbang kepada kelahiran awal termasuklah usia ibu ketika mengandung yang terlalu tua atau terlalu muda, komplikasi ketika kehamilan, kehamilan kembar serta amalan merokok, mengambil dadah dan minuman beralkohol ketika hamil.

Kesedaran tentang petanda kelahiran awal boleh mengurangkan komplikasi bayi pramatang melalui rawatan antenal dan dapat meningkatkan peluang untuk hidup bagi bayi pramatang. Sempena Hari Kelahiran Pramatang Sedunia, ketahui risiko anda dan dapatkan penjagaan antenatal yang optima.